Search This Blog

Saturday, 11 February 2012

Friday, 10 February 2012

petunjuk-Mu



ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,

Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Sunday, 5 February 2012

Alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan oleh Allah Subhanahuwataala. Seribu kemaafan buat Allah,RAsul,mak,abah dan seluruh yang mengenali penulis.Alhamdulillah juga hari ini kita masih sempat menyambut Hari Kelahiran Rasul junjungan kita,Nabi Muhammad S.W.T yang mulia.Mungkin sambutan Maulidur Rasul pada kali ini disambut dengan cara yang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.Kelmarin penulis telah mengambil kesempatan dengan berjalan-jalan ke Lorong Haji Taib,apa yang penulis dapat lihat,Ibu negara kita,Kuala Lumpur adalah indah khabar dari rupa sahaja.Dengan sampah merata-rata,baunya yang busuk,pemandangan yang menyakitkan,inikah yang kita rakyat Malaysia bangga-banggakan?Sepatutnya perkara-perkara seperti ini tidak boleh dipandang enteng oleh setiap golongan masyarakat kerana ianya merupaka imej negara yang harus kita pelihara!Sempat juga penulis melihat masih ramai lagi manusia-manusia gelandangan di negara kita.Yang menimbulkan persoalan sekarang,mengapakah perkara seperti ini dilihat seperti perkara biasa dalam dunia sekaramg?Contohnya,penulis terlihat seorang pengemis tidak berbaju ditepi jalan meminta sedekah,kemudian penulis teringatkan bantuan rakyat 1malaysia,adakah golongan ini mendapat bantuan rakyat tersebut?mengapakah kita hanya memandang sebelah mata sahaja?sepatutnya,golongan inilah yang sepatutnya kita utamakan terlebih dahulu,berikan mereka bantuan,temptkan mereka ditempat yang selesa,bukan hanya sekadar melihat sebelah mata sahaja.Rasul junjungan kita pun merupaka contoh yang terbaik dalam mengendalikan masalah ini.Baginda juga memuliakan golongan-golongan ini.Sama-samalah kita renungkan.Mungkin suatu masa nanti bila penulis sudah berjaya,golongan-golongan inilah yang akan penulis bantu dahulu.Bukannya yang berpendapatan RM 3000.00,tetapi yang langsung tiada pendapatan hidup.Dari sudut kebersihan,pada pandangan awal penulis,kita boleh berbangga dengan tahap kebersihan negara kita.Namun,apabila membuat penilaian semula,dalam masa 10 tahun lagi,Ibukota Kuala Lumpur mungkin akan ditenggelami dengan Objek yang bernama SAMPAH!Bukan sekadar bahan buangan sampah,tetapi sampah masyarakat.Malaysia...

Tanah Air kita...

tanah air kita..Alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan oleh Allah Subhanahuwataala. Seribu kemaafan buat Allah,RAsul,mak,abah dan seluruh yang mengenali penulis.Alhamdulillah juga hari ini kita masih sempat menyambut Hari Kelahiran Rasul junjungan kita,Nabi Muhammad S.W.T yang mulia.Mungkin sambutan Maulidur Rasul pada kali ini disambut dengan cara yang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.Kelmarin penulis telah mengambil kesempatan dengan berjalan-jalan ke Lorong Haji Taib,apa yang penulis dapat lihat,Ibu negara kita,Kuala Lumpur adalah indah khabar dari rupa sahaja.Dengan sampah merata-rata,baunya yang busuk,pemandangan yang menyakitkan,inikah yang kita rakyat Malaysia bangga-banggakan?Sepatutnya perkara-perkara seperti ini tidak boleh dipandang enteng oleh setiap golongan masyarakat kerana ianya merupaka imej negara yang harus kita pelihara!Sempat juga penulis melihat masih ramai lagi manusia-manusia gelandangan di negara kita.Yang menimbulkan persoalan sekarang,mengapakah perkara seperti ini dilihat seperti perkara biasa dalam dunia sekaramg?Contohnya,penulis terlihat seorang pengemis tidak berbaju ditepi jalan meminta sedekah,kemudian penulis teringatkan bantuan rakyat 1malaysia,adakah golongan ini mendapat bantuan rakyat tersebut?mengapakah kita hanya memandang sebelah mata sahaja?sepatutnya,golongan inilah yang sepatutnya kita utamakan terlebih dahulu,berikan mereka bantuan,temptkan mereka ditempat yang selesa,bukan hanya sekadar melihat sebelah mata sahaja.Rasul junjungan kita pun merupaka contoh yang terbaik dalam mengendalikan masalah ini.Baginda juga memuliakan golongan-golongan ini.Sama-samalah kita renungkan.Mungkin suatu masa nanti bila penulis sudah berjaya,golongan-golongan inilah yang akan penulis bantu dahulu.Bukannya yang berpendapatan RM 3000.00,tetapi yang langsung tiada pendapatan hidup.Dari sudut kebersihan,pada pandangan awal penulis,kita boleh berbangga dengan tahap kebersihan negara kita.Namun,apabila membuat penilaian semula,dalam masa 10 tahun lagi,Ibukota Kuala Lumpur mungkin akan ditenggelami dengan Objek yang bernama SAMPAH!Bukan sekadar bahan buangan sampah,tetapi sampah masyarakat.Malaysia...tepuk dada tnya intelek anda.

Wednesday, 1 February 2012

alhamdulillah,syukur alhamdulillah kerana penulis berjaya membuat blognya sendiri.sememangnya ini yang penulis hajatkan.Sesungguhnya,dengan adanya blog ini penulis dapat berkongsi inspirasi dan coretan untuk dijadikan bahan bacaan yang berguna kepada pembaca.2/2/2012 adalah tarikh keramat dimana blog ini dicipta.semoga tarikh ini sentisa diingati oleh penulis dan para pembaca.InsyaAllah.maafkanlah sekiranya ianya bukan yang terbaik,namun,insyaAllah penulis akan melakukan yang terbaik dan tidak hanya melepaskan batok ditangga.