Search This Blog

Sunday, 5 February 2012

Tanah Air kita...

tanah air kita..Alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan oleh Allah Subhanahuwataala. Seribu kemaafan buat Allah,RAsul,mak,abah dan seluruh yang mengenali penulis.Alhamdulillah juga hari ini kita masih sempat menyambut Hari Kelahiran Rasul junjungan kita,Nabi Muhammad S.W.T yang mulia.Mungkin sambutan Maulidur Rasul pada kali ini disambut dengan cara yang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.Kelmarin penulis telah mengambil kesempatan dengan berjalan-jalan ke Lorong Haji Taib,apa yang penulis dapat lihat,Ibu negara kita,Kuala Lumpur adalah indah khabar dari rupa sahaja.Dengan sampah merata-rata,baunya yang busuk,pemandangan yang menyakitkan,inikah yang kita rakyat Malaysia bangga-banggakan?Sepatutnya perkara-perkara seperti ini tidak boleh dipandang enteng oleh setiap golongan masyarakat kerana ianya merupaka imej negara yang harus kita pelihara!Sempat juga penulis melihat masih ramai lagi manusia-manusia gelandangan di negara kita.Yang menimbulkan persoalan sekarang,mengapakah perkara seperti ini dilihat seperti perkara biasa dalam dunia sekaramg?Contohnya,penulis terlihat seorang pengemis tidak berbaju ditepi jalan meminta sedekah,kemudian penulis teringatkan bantuan rakyat 1malaysia,adakah golongan ini mendapat bantuan rakyat tersebut?mengapakah kita hanya memandang sebelah mata sahaja?sepatutnya,golongan inilah yang sepatutnya kita utamakan terlebih dahulu,berikan mereka bantuan,temptkan mereka ditempat yang selesa,bukan hanya sekadar melihat sebelah mata sahaja.Rasul junjungan kita pun merupaka contoh yang terbaik dalam mengendalikan masalah ini.Baginda juga memuliakan golongan-golongan ini.Sama-samalah kita renungkan.Mungkin suatu masa nanti bila penulis sudah berjaya,golongan-golongan inilah yang akan penulis bantu dahulu.Bukannya yang berpendapatan RM 3000.00,tetapi yang langsung tiada pendapatan hidup.Dari sudut kebersihan,pada pandangan awal penulis,kita boleh berbangga dengan tahap kebersihan negara kita.Namun,apabila membuat penilaian semula,dalam masa 10 tahun lagi,Ibukota Kuala Lumpur mungkin akan ditenggelami dengan Objek yang bernama SAMPAH!Bukan sekadar bahan buangan sampah,tetapi sampah masyarakat.Malaysia...tepuk dada tnya intelek anda.

No comments:

Post a Comment