Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga program
bakti siswa yang telah kami lalui di sebuah negeri di bawah bayu, Sabah atau
nama lainnya LOCUS. Program ini telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama
Al-Irsyadiah Marakau, Ranau, Sabah pada 11/1/2013 sehingga 14/1/2013. Alhamdulillah,
program ini telah berjaya dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Mahallah(MRC) dengan kerjasama Jabatan
Pengurusan Kediaman dan Displin Pusat Asasi UIA(RMDD).
Program Bakti Siswa ini merupakan program tahunan bagi
Jawatankuasa Perwakilan Mahallah(MRC). Jika sebelum ini, program ini telah
dilaksanakan di Pulau Carey, Selangor, namun kali ini kami telah bercadang
untuk melakukan sedikit kelainan iaitu untuk melakukannya di Sabah. Pada
awalnya, pelbagai mehnah dan tribulasi yang terpaksa di tempuh, seperti sewaktu
ingin menyiapkan kertas kerja bagi program ini, tetapi berkat kesabaran dan
ketekunan para Jawatankuasa Perwakilan Mahallah(MRC), akhirnya LOCUS di negeri
di bawah bayu ini telah berjaya diluluskan oleh pihak atasan Pusat Asasi UIA.
Walaubagaimanapun, ujian dari Allah tidak berakhir di situ sahaja. Pelbagai
lagi cabaran yang harus kami tempuhi bagi menjayakan program ini.
Kami telah memulakan
gerak kerja bagi program ini lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh berlangsungnya
program ini iaitu pada bulan September. Pertemuan pertama kami bersama semua
ahli Jawatankuasa Perwakilan Mahallah(MRC) yang telibat ialah di Mahallah
Maryam, Gombak. Pertama sekali, kami telah diperkenalkan dengan jawatankuasa
atasan dan ketua setiap unit untuk program ini. Kemudian, kami dipecahkan
mengikut unit masing-masing seperti unit sponsor & perhubungan awam, unit
program koordisasi, unit ‘publication & promotion’, unit catering dan unit
tugas-tugas khas. Pada pertemuan yang pertama ini, kami telah diberikan sedikit
gambaran awal tentang perjalanan program dan tugas-tugas yang harus dilakukan
oleh setiap unit oleh pengarah program dan ketua unit. Bak kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta. Oleh itu, kami juga telah mengambil kesempatan untuk
bertaaruf sesama ahli unit bagi memudahkan gerak kerja unit selepas ini nanti.
Bersambung..