Wanita itu sering dilihat menaiki motosikalnya. Motosikal itu dibelinya dengan harga
yang murah.Motosikal ‘second hand’.Dia juga tidak akan lupa untuk memakai helmetnya
yang berwarna merah. Kemana saja dia pergi, pasti orang akan kenal dan camnya.
Iaitu melalui helmet yang
dipakainya.Dialah ibu kandungku. Kupanggilnya dengan panggilan
‘Mak’.Mak telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik.
Pada tahun 1992,
Mak telah berkahwin dengan Abah.Walaupun pada ketika itu Abah hanyalah bekerja sebagai pembawa lori,
mereka tetap bahagia. Selepas berkahwin, Mak dan Abah telah berhijrah ke negeri
Selangor. Mereka tinggal di sebuah rumah sewa yang terletak di Sungai
Buloh. Mak turut membantu Abah untuk menambah sumber pendapatan keluarga.Mak bekerja sebagai tukang sapu
di sebuah kilang membuat gelas dan pinggan yang
berdekatan dengan rumah mereka.Abah menyetujui dan memberikan keizinan untuk Mak bekerja.Tauke Mak baik.Dia
orang Cina, Encik Lim. Dia selalu memberi Mak gelas, pinggan dan alatan-alatan kaca
yang sudah tidak boleh dijual lagi.Padahal, peralatan-peralatan itu masih elok dan boleh digunakan lagi. Sepanjang bekerja
di situ, Mak tidak pernah membuat sebarang masalah. Mak seorang yang
rajin. Kawan-kawan ditempat kerja Mak sangat senang bekerja dengan Mak.“Melah,
kau ni rajin betul. Kalau dapat anak nanti, mesti rajin macam kau juga”, puji salah seorang kawan Mak.Mak hanya tersenyum.
Setahun kemudian, Mak melahirkan anak yang
pertama, kakakku.Ketika Mak dalam pantang, Encik Lim dan kawan-kawan di kilang yang
lain datang melawat Mak. Mereka turut memberi sumbangan kepada Mak.Pada tahun berikutnya
pula, iaitu tahun 1994, aku pula dilahirkan.Mak danAbah perlu bekerja untuk menyara
kami sekeluarga.Aku dan kakak dijaga dan diasuh oleh tok dan tok wan angkat kami.
Mereka tinggal di belakang rumah kami.Mereka menyayangi kami
seperti cucu sendiri.Tambahan pula, mereka masih belum mempunyai cucu.Kalau mereka tidak sihat,
Mak selalu membawa aku dan kakak ke kilang.Tauke Mak tak marah. Malah dia senang sekali. Kami
menolong Mak menyapu sampah. Kawan-kawan Mak hanya tersenyum melihat gelagat kami. Kami
juga sering “mencuri” buah-buahan di Tokong,
tempat pekerja-pekerja Cina bersembahyang. Setiap kali mereka bersembahyang,
aku dan kakak pasti akan memerhatikan saja aksi mereka. Setelah mereka beredar, kami pula
akan meniru aksi yang mereka lakukan. Selepasitu, baru kami
mangambil buah-buahan tersebut.Mak hanya ketawa.Pada waktu itu kami
kecil lagi.Tidak tahu apa-apa.
Kemudian, pada tahun 1999,
Mak telah melahirkan adikku. Abah telah berhenti daripada bekerja sebagai pembawalori.
Abah bercadang untuk membuka bengkel membaiki kereta di
sebuah kawasan lapang berdekatan dengan rumah dengan kemahiran yang telah dia peroleh sewaktu di institut pengajian mara. Abah bekerjasama dengan seorang kenalannya.Pekerjaan itu dirasakannya akan lebih membawa keuntungan memandangkan
kami adik-beradik sedangmembesar. Tidak lama lagi kami akan kesekolah.
Alhamdulillah, hasil daripada Abah bekerja sebagai makenik,
dapat juga memperoleh rezeki lebih.Mak pula masih setia dengan kilangnya.
Tidak lama selepasitu, kami menerima berita dari kampung
yang Tok wan kami telah meninggal dunia. Nenek terpaksa hidup seorang diri. Abah tidak sanggup membiarkan nenek hidup seorang diri. Abah anak bongsu,
anak bongsu nenek.Jadi, abah membuat keputusan agar kami sekeluarga berpindah ke
Kedah dan tinggal dengan nenek.Pada mulanya,
Mak tidak bersetuju dengan keputusan Abah. Biarpun Mak sayang meninggalkan kilangnya, tetapi,
setelah dipujuk oleh Abah, akhirnya Mak akur.
Semasa tinggal di Kedah,
Abah masih lagi bekerja sebagai makenik.Abah membuka bengkelnya sendiri di
belakang rumah.Mak pula, tidak boleh duduk diam. Mak perlu bekerja. Dari
dulu lagi Mak memang kuat bekerja.Untunglah kawan lama Mak mengajak Mak untuk menorah
getah dengannya di
kebun getah miliknya. Abah tidak menghalang.Beberapa tahun selepas itu, Allah S.W.T
memberikan rezekiNya lagi kepada kami sekeluarga.Mak mengandung lagi. Adikku yang
bongsu. Abah dan Mak tetap masih bekerja untuk menyara kami
adik-beradik dan juga nenek yang tidak berapa sihat.Benar kata orang, rezeki Allah
akan sampai kepadamereka yang berusaha. Allah S.W.T
telah mengurniakan kepada aku dankakakkeputusan yang cemerlang dalam UPSR iaitu
5A.Kami juga ditawarkan untuk menyambung pelajaran keSekolahBerasramaPenuh.
Walaubagaimanapun, setiap hamba Allah
tidak akan terlepas daripada diuji.
Rumahtangga Mak dan Abah diuji. Mereka akhirnya telah bercerai.Mak telah pulang kerumah ibu dan ayahnya. Rumah ibu dan
ayah Mak tidak jauh dari rumah kami.Mak dan Abah berpisah dengan cara yang baik. Kami
adik-beradik, Abah yang jaga. Ini semua hasil perbincangan Mak dan Abah. Abah tak larang kalau Mak nak melawat
kami.Kadang-kadang, Abah sendiri yang menghantar kami ke rumah keluarga Mak.Walaupun telah berpisah,
hubungan Mak dan Abah tetap baik macam dulu. Pada mulanya, kami
adik-beradik sedih. Tetapi, hari demi hari, akhirnya kami reda dengan ketentuan
Allah.
Mak mengambil upah bekerja di kedai makan yang
berdekatan. Tugas Mak mengambil pesanan dan membasuh pinggan. Cukup untuk menampung hidup Mak. Abah
pula, tidak lama selepas itu, Abah telah berkahwin dengan seorang janda anak
3. Ibu tiriku itu, juga kupanggil Mak. Baik orangnya. Mak baruku tidak pernah marah mahupun
cemburu kalau Mak datang ke rumah. Mereka berdua turut berkawan baik.
Allah S.W.T itu MahaAdil. Kalau Abah dah
ditemukan dengan isteri baru,
Mak juga telah ditemukan dengan suami baru. Ini benar-benar keajaiban Allah yang
MahaKuasa. Aku yakin, tak ramai di muka bumi ini yang mempunyai 2 mak dan 2 abah,
tapi aku ada.Walaupun menjadi isteri kedua, Mak tetap bersyukur kerana masih ada lelaki
yang sudi menjaganya. Abah tiriku bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah.Mak sudah tidak bekerja
di kedai makan yang dululagi.Mak kini mempunyai 2 pekerjaan.Pada waktu siang,
Mak akan bekerja sebagai tukang sapu sampah atau lebih mesra dipanggil ‘cleaner’ di
sebuah sekolah menengah. Pada waktu malam pula, Mak akan bekerja di kedai makan yang
baru. Tugasnya tetap sama, mengambil pesanan dan mencuci pinggan. Di kedaibaruitu,
upahnyalebihlumayan.Selepasselesaibekerja di kedaimakan, MakakanmenemaniAbah di
sekolah. Di situlah tempat Mak tidur. Mak juga tidak tinggal dengan ibu dan ayahnya lagi. Abah telah menghadiahkan sebuah rumah kepada Mak. Hanya beberapa
kilometer dari rumahku.
Kali ini, Mak diuji lagi.Kedua-dua orang
tua Mak telah meninggal dunia. Mak sedih sekali.Mak sudah jadi anak yatim piatu.Sudah tidak ada tempat untuk mengadu. Adik Mak,
Pak Lang ku kini yang tinggal di rumahitu. Setiap hari,
Mak akan berulang-alik dari rumahnya kesekolah, kedai,makan, sekolahAbah, rumah kami
dan rumah Pak Lang dengan motosikalnya. Mak pasti akan memakai topi keledar merahnya.
Mak tidakpernahkenalertiletih.Syukur, Allah masih memberikan kekuatan kepada Mak. Itulah Mak,
yang bekerja untuk keperluan hidupnya dan anak-anak. Aku selalu ingat pesan Mak,
“Mak nak anak-anakMak belajar rajin-rajin.Jangan jadi macamMak,
kerja siang malam cari duit.Dah besar nanti, jangan lupa kat Mak dan Abah”.Kata-kata
itulah yang memberi semangat pada kami
adik-beradik untuk berjaya dalam hidup.InsyaAllah, Mak. Harapan Mak akan kami
tunaikan. Doakan anak-anakmu, Mak.~kisah benar dari penulis~

No comments:
Post a Comment