Search This Blog

Thursday, 17 January 2013

Program Bakti Siswa~LOCUS DI SABAH


Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga program bakti siswa yang telah kami lalui di sebuah negeri di bawah bayu, Sabah atau nama lainnya LOCUS. Program ini telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau, Ranau, Sabah pada 11/1/2013 sehingga 14/1/2013. Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Perwakilan Mahallah(MRC) dengan  kerjasama Jabatan Pengurusan Kediaman dan Displin Pusat Asasi UIA(RMDD).
Program Bakti Siswa ini merupakan program tahunan bagi Jawatankuasa Perwakilan Mahallah(MRC). Jika sebelum ini, program ini telah dilaksanakan di Pulau Carey, Selangor, namun kali ini kami telah bercadang untuk melakukan sedikit kelainan iaitu untuk melakukannya di Sabah. Pada awalnya, pelbagai mehnah dan tribulasi yang terpaksa di tempuh, seperti sewaktu ingin menyiapkan kertas kerja bagi program ini, tetapi berkat kesabaran dan ketekunan para Jawatankuasa Perwakilan Mahallah(MRC), akhirnya LOCUS di negeri di bawah bayu ini telah berjaya diluluskan oleh pihak atasan Pusat Asasi UIA. Walaubagaimanapun, ujian dari Allah tidak berakhir di situ sahaja. Pelbagai lagi cabaran yang harus kami tempuhi bagi menjayakan program ini.
Kami  telah memulakan gerak kerja bagi program ini lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh berlangsungnya program ini iaitu pada bulan September. Pertemuan pertama kami bersama semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Mahallah(MRC) yang telibat ialah di Mahallah Maryam, Gombak. Pertama sekali, kami telah diperkenalkan dengan jawatankuasa atasan dan ketua setiap unit untuk program ini. Kemudian, kami dipecahkan mengikut unit masing-masing seperti unit sponsor & perhubungan awam, unit program koordisasi, unit ‘publication & promotion’, unit catering dan unit tugas-tugas khas. Pada pertemuan yang pertama ini, kami telah diberikan sedikit gambaran awal tentang perjalanan program dan tugas-tugas yang harus dilakukan oleh setiap unit oleh pengarah program dan ketua unit. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, kami juga telah mengambil kesempatan untuk bertaaruf sesama ahli unit bagi memudahkan gerak kerja unit selepas ini nanti. Bersambung..

1 comment: